Saturday, September 29, 2007

Kemalangan

Sampai sekarang saya masih sakit.

Saya telah ditimpa satu kemalangan pada minggu lepas. Saya tidak bermaksud kemalangan fizikal seperti dilanggar kereta, tetapi barang-barang milik saya telah dicuri.

Saya fikir ini pun satu bentuk kemalangan juga. Nilai barang-barang yang hilang dalam ringgit Malaysia adalah melebihi Rm 2500. Nilai dalam bentuk aset tentu lebih lagi kerana yang hilang bersama, adalah tulisan-tulisan saya untuk buku-buku akan datang. Juga tulisan-tulisan saya untuk majalah dan akhbar.

Lebih menyedihkan kejadian tersebut berlaku di dalam masjid, pada bulan Ramadhan dan hanya sekilas sewaktu saya sujud! Beg berisi barang tersebut menakjubkan hanya berada kurang 15 cm di sebelah saya.

Begitulah. Tuhan itu dalam hati manusia. Jika sudah hilang daripada situ, di mana-mana pun sama sahaja.

Sampai sekarang saya masih sakit. Sakit hati.

_________________________________________

Nota kaki:

1. Telefon saya pun hilang. Kalau saudara telefon atau sms tetapi tidak berjawab, faham-faham sahajalah. Saya masih belum beli telefon baru dan kad sim gantian masih di Digi Centre. Saudara gosip sahajalah saya masih merajuk.

2. Nombor siri kamera saya adalah CF7210174. Panasonic fz8 warna hitam. Saya baru pakai seminggu. Buku karya Sri Rahayu Mohd Yusop yang baru separuh saya baca, hilang sama.

3. Minta fajar tolong e-mail saya. Buku fajar 'Kawin-kawin', masih ada dengan saya. Elok dan terjaga. Cuma maaf, begitu lama dalam simpanan saya.

3 Comments:

At 3:47 PM, Blogger mira said...

sorry to hear that. no wonder no wish for me this year :)

 
At 10:45 AM, Blogger Nizam Ahmad said...

ermm siannye..patut lama x dgr citer.. laptop pun ilang ke? atau kamera je? apa2 pun nanti dah ada hp baru, jgn lupe bgtau no baru ok. mesej kat blog aku pun ok.. nasib baik bulan puasa.. bulan kesabaran kan? hehe..

 
At 4:22 PM, Blogger Zamri Mohamad said...

Ye, sekarang ni payah nak jaga barang, pencuri tak takut tuhan dalam rumah tuhan lagi. Dia jadi hantu... Sabar, komputer epal ko camner?

 

Post a Comment

<< Home